Sunday, September 16, 2012

Gerak Muafakat AMW selangor 350


Gerak Muafakat AMW Selangor Yang Menggunakan Kaedah Ekonomi Permuafakatan Sebagai Pendekatan Untuk Faedah Ahli-Ahlinya dengan kaedah berpakat.
Dan juga Memaparkan permasaalahan ahli-ahli dan berpakat sesama ahli untuk membuat sumbangan sekiranya ada di kalangan ahli memerlukan bantuan kewangan untuk tujuan perubatan,pendidikan dan modal perniagaan.

Matlamat lain membantu ahli-ahli Membayar Hutang-hutang pendidikan,AIM,TEKUN,MARA serta membantu menambahkan jumlah pelangan dan meningkatkan jualan produk IKS dan perkhidmatan yang di usahakan oleh ahli sekiranya ada di samping merebut peluang perniagaan yang ada di iklankan oleh ahli-ahli di webblog ini.


Gerak Muafakat AMW Selangor  juga merupakan salah satu inisiatif untuk mengajak orang ramai menyertai satu komuniti yang berteraskan permuafakatan dalam hal-hal yang melibatkan Kebajikan sesama ahli,urusan jualbeli produk iks yang di usahakan oleh ahli mahupun keperluan kepada sesuatu perkhidmatan/perniagaan.

Matlamat pergerakan ini ialah untuk membina satu komuniti yang mahu mengubah cara berbelanja daripada sistem berhutang kepada sistem kongsi, simpan dan beli  yang mana nilainya ribuan ringgit hanya dengan RM50 sahaja dengan kaedah muafakat.


Sasaran permulaan pergerakkan gerak anak pontian ini ialah mereka yang tidak mempunyai peluang untuk membuat pinjaman untuk membeli sesuatu disebabkan kedudukan kewangan mereka seperti telah:

1.disenarai hitamkan,
2.Tidak mempunyai penyata pendapatan seperti slip gaji atau penyata KWSP
3.Telah melebihi had pinjaman atau had umur untuk membuat pinjaman baru dan sebagainya.

 
Apakah alternatif yang ada kepada golongan ini? Menggunakan pihak ketiga untuk membuat pinjaman, itupun kalau ada yang sudi nak pinjamkan nama.

Gerak Muafakat AMW Selangor ni ingin menyatukan sesiapa sahaja yang termasuk dalam golongan ini untuk memulakan inisiatif yang dinyatakan di atas.


Usaha telah dimulakan dengan menubuhkan sistem on-line yang bersesuaian dengan keperluan semasa tanpa memerlukan mereka yang menjadi ahli mengeluarkan bayaran yang tinggi. Dalam erti kata lain.
 
Gerak Muafakat AMW Selangor telah pun memulakan perancangannya dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tinggi seperti menunaikan umrah,Haji,membeli Barangan Kemas ,komputer untuk pembelajaran anak-anak,membeli motosikal,kereta,rumah dan memulakan sesuatu perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman.

Dalam program Gerak Muafakat AMW Selangor ini adalah di harapkan tidak lagi menjadi halangan kepada sesiapa untuk menyertainya kerana anda hanya perlu faham apa itu matlamat gerak muafakat ini dan kenapa anda perlu menyertainya dan itulah yang perlu anda kongsikan dengan beberapa orang yang lain yang rapat dengan anda.


"TIDAK perlu jadi speaker dan bercakap di hadapan khalayak ramai".


Sekiranya kita bersama-sama mendalami serba sedikit ilmu mengenai Gerak Muafakat ini , yang sudah sememangnya mudah untuk difahami, kita juga yang akan mendapat faedah serta merta apabila kita mula mengenalkan program Gerak muafakat ini kepada orang lain.


Kejayaan setiap Ahli di dalam program Gerak Muafakat AMW Selangor ni TIDAK sahaja bergantung kepada berapa laju anda membina jaringan tetapi kefahaman orang-orang yang anda kenalkan dan keupayaan mereka menduplikasi program ini.


Panduan ini adalah untuk anda memahami dengan lebih mendalam mengenai Gerak muafakat ini dan bukan untuk diberikan kepada 'prospek'.

 
Dalam Gerak Muafakat ini, tidak ada istilah prospek kerana orang yang anda jemput sepatutnya orang yang sangat rapat dengan anda dan bukannya mereka yang di 'tangkap muat' sahaja.

Inilah keunikannya jika dibandingkan dengan 'program-program' yang lain yang boleh dilakukan secara canvassing, flyers dan sebagainya.
program Gerak Muafakat ini perlukan pendekatan peribadi yang menunjukkan keikhlasan anda untuk menjemput mereka ke dalamnya agar mereka juga menerima manfaat yang anda terima.


Program tradisional banyak menggunakan kaedah manual dan tidak menggunakan sistem yang sepenuhnya berasaskan Internet.


Sistem Gerak Muafakat AMW Selangor menggunakan Internet sepenuhnya melalui sistem
DYNADOLLARS yang mengitar yuran yang di bayar oleh setiap orang yang menyertainya menjana pendapatan yang lumayan dan berpanjangan.


Bagi mereka yang belum celik IT, pusat-pusat khidmat telah pun di ujudkan dan akan membantu para ahli mendaftar dan membuat pengeluaran pendapatan di peringkat awal kerana akhirnya semua ahli perlulah berdikari.




Cerita dan Tauladan___________________
                          
Ibu Sanggup Berlapar Demi Sesuap Nasi Untuk Anak-Anak:.



Keluarga besar: Siti Aishah bersama 
enam anaknya tinggal di rumah flat di Jalan Besi
KUALA LUMPUR: Sanggup berlapar demi anak-anak bukanlah perkara baru yang dilakukan oleh Siti Aisah Wagiman, semuanya gara-gara pendapatannya yang tidak mencukupi terutamanya apabila tiba hujung bulan.

Ibu kepada enam cahaya mata ini dan suaminya terpaksa berlapar bagi membolehkan anak-anak mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

"Ia juga pernah berlangsung selama dua minggu di mana kami tidak punya wang yang cukup untuk membeli makanan asasi seperti beras," katanya dalam satu temubual di rumahnya di Pangsapuri Razak, Jalan Besi yang hanya mempunyai sebuah bilik tidur.
Siti Nor Aisah,34, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, berkata hanya dia seorang yang menanggung keluarganya dengan pendapatan RM1,200 sebulan.

"Sewa rumah sahaja RM400 sebulan. Selebihnya saya beli barang dapur dan keperluan lain," katanya.
Dia mendakwa suaminya menderita penyakit buasir yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja secara tetap.
Siti Aisah perlu bekerja bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam, lima daripada anaknya dijaga oleh ibu mertuanya, sementara anak sulungnya, 14 tahun dijaga oleh ayahnya.

"Fizikalnya cacat. Lengannya cacat. Ketika sekolah rendah, dia terima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat namun sejak dua tahun lalu ia telah dihentikan. Saya tidak tahu apa puncanya," kata Siti Nor Aisah.
Sementara itu, ibu mertuanya, Siti Rubiah Abdul Razak,59, yang tinggal bersebelahan dengan rumah Siti Nor Aisah berkatam cucu-cucunya akan pergi ke rumah jiran untuk mengutip kotak, tin dan botol untuk dijual bagi mendapatkan wang.

"Mereka akan berikan kepada saya duit yang mereka dapat dan meminta saya membelikan sayur-sayuran untuk mereka," katanya sambil menambah pendapatan harian yang diperolehi sekitar RM3 hingga RM5.

Seorang jiran mereka, George Fernandez, yang menghubungi The Star bagi menyiarkan kepayahan yang ditanggung keluarga malang ini berkata dia sangat bersimpati terhadap nasib mereka.

"Mereka sangat lapar pada hari-hari tertentu, kadang-kadang anak-anak itu terpaksa datang ke rumah saya meminta makanan," katanya.- Mstar

"Jika cita-cita perjuangan kita merupakan satu bangunan, maka kita semua adalah merupakan bata-bata yang disusun menjadi kesatuan bagi mendirikan bangunan itu" 

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”